聯繫我們 登入

Kaedah untuk Menguasai Bahasa Melayu

myedushare 2017-12-08 檢舉

Kaedah untuk Menguasai Bahasa Melayu

1. Menguasai Kosa Kata

Untuk menguasai kosa kata, ibu bapa disarankan agar sentiasa menggalakkan anak-anak untuk membaca pelbagai bahan bacaan seperti buku cerita, novel, cerpen, akhbar dan majalah. Melalui pembacaan yang meluas, keupayaan untuk menguasai kosa kata akan lebih mudah untuk dicapai. Kosa kata yang baik akan membantu anak-anak untuk menjawab soalan pemahaman dan penulisan.

2. Menguasai Tatabahasa

Tatabahasa merupakan aspek yang agak rumit untuk dikuasai kerana hal ini melibatkan rumus dan hukum yang telah ditetapkan. Oleh sebab itu, ibu bapa disarankan agar memastikan anak-anak sentiasa membaca buku tatabahasa yang bermutu. Selain itu, guru yang baik pengetahuan tatabahasanya perlu dicari kerana kemahiran ini lebih mudah untuk dikuasai sekiranya anak-anak dapat berguru dengan guru yang mantap pengetahuan tatabahasanya.

3. Menguasai Kemahiran Menulis

Soalan berbentuk objektif ABCD hanya wujud dalam UPSR sebanyak 20 soalan. Dalam PT3 dan SPM, tidak ada soalan objektif untuk subjek BM. Oleh itu, ibu bapa perlu memastikan kemahiran ini dikuasai oleh anak-anak. Kemahiran ini dapat dikuasai melalui latihan penulisan yang berterusan. Galakkan anak-anak untuk menulis apa-apa sahaja yang berkaitan dengan minat mereka. Mereka perlu dididik untuk mengetahui teknik penulisan yang bermutu dan menepati kehendak skema peperiksaan. Latih tubi dan amalan yang berterusan menjadi perkara yang sangat penting untuk menguasai aspek ini.

Azhar Salleh

Munsyi Dewan DBP

Pusat Akademik Munsyi

_______________________________________________________________________________________________________________

華裔生能否掌握馬來文,關鍵就在學校的馬來文教學。“畢竟馬來文教學不像英文和華文,細分成‘第二語言教學’和‘對外語言教學’組別,像華文有對外漢語,英文有TESL,馬來文卻是一套系統走天下,不區分母語學習者還是第二語言學習者。”她以free sizeT恤幽默形容:“一個尺碼,所有人穿。”由於不是量身訂做,很多人會穿不下。

內容未完結,請點擊“第2頁”繼續瀏覽。

文章部分内容來源於網絡,如果侵犯到您的隱私、權益、請點擊檢舉按鈕舉報,網站將在第一時間進行處理,謝謝合作! 檢舉
搶先看最新趣文,請贊下面專頁
您可能會喜歡

喜欢就按个赞吧!!!


点击关闭提示
X
請輸入您的檢舉理由,我們會進行及時處理
請您使用真實的郵箱。如無法和您取得聯繫,我們將無法對您的檢舉進行處理