聯繫我們 登入

Cuti-Cuti Bagi Pegawai Pekhidmatan Pendidikan

myedushare 2017-12-07 檢舉

Sebagai seorang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP), tahukah anda tentang cuti-cuti yang anda layak? Ramai guru yang kurang pasti tentang kelayakan cuti mereka. Oleh itu, diharapkan senarai cuti di bawah ini boleh menjelaskan cuti-cuti yang kita layak dalam perkhidmatan kita.

1. Cuti Penggal / Cuti Rehat

Berdasarkan Surat Pekeliling Kementerian Pelajaran KP (PP) 0046.SJ/A(30) bertarikh 24 Disember 1993, guru-guru layak mendapat cuti penggal sekolah menggantikan cuti rehat. Akan tetapi, guru-guru boleh dipanggil bertugas oleh Ketua Jabatan tidak melebihi separuh daripada jumlah cuti sesuatu tahun untuk menjalankan tugas-tugas selain tugas mengajar biasa.

Kumpulan A :Sekolah-sekolah di Negeri Kedah, Johor, Kelantan & Terengganu

Kumpulan B :Sekolah-sekolah di Negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya

2. Cuti Rehat Khas (CRK)

Guru-guru layak mendapat Cuti Rehat Khas (CRK) sebanyak tujuh (7) hari dalam satu tahun kalendar.

CRK yang tidak dapat dihabiskan tidak boleh dibawa ke tahun berikutnya tetapi dibenarkan untuk dikumpulkan bagi tujuan Pemberian Wang Tunai Gantian Rehat bagi pegawai yang layak.

內容未完結,請點擊“第2頁”繼續瀏覽。

文章部分内容來源於網絡,如果侵犯到您的隱私、權益、請點擊檢舉按鈕舉報,網站將在第一時間進行處理,謝謝合作! 檢舉
搶先看最新趣文,請贊下面專頁
您可能會喜歡

喜欢就按个赞吧!!!


点击关闭提示
X
請輸入您的檢舉理由,我們會進行及時處理
請您使用真實的郵箱。如無法和您取得聯繫,我們將無法對您的檢舉進行處理